Politik

Shazani A. Hamid Mampu Ubah Landskap Politik DUN Semarang Jika Diberi Peluang!

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Semarang, Shazani A. Hamid antara calon yang komited menjulang misi Prihatin Rakyat ‘Demi Bangsa Johor’.

Bagi melestarikan hubungan dirinya sebagai pemimpin muda di DUN Semarang, Shazani memanfaatkan peluang menyantuni orang ramai di Ayer Hitam.

“Hari ini saya berpeluang singgah di Medan Selera Parit Botak, Ayer Hitam untuk bersarapan sambil melawat kawasan berkenaan bersama beberapa orang bahagian gerakan perikatan nasional Ayer Hitam.

“Alhamdulillah saya juga berpeluang beramah mesra, sembang santai serta menyantuni selain berkongsi pandangan dan idea bersama penduduk kampung di sekitar kawasan Parit Botak,” katanya.

Shazani akan berentap dengan tiga lagi calon lain untuk merebut kerusi berkenaan dan sekiranya berjaya, Shazani mampu merubah landskap politik DUN Semarang.

Antara lawan Shazani adalah seperti Datuk Samsol Bari Jamali daripada Barisan Nasional (BN), Adzlan Raju daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) serta Haryati Abu Nasir daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

(Visited 830 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button