Bencana alamLuar Negara

Gempa bumi 7.2 pada skala Richter gegar Tajikistan

Xinjiang di barat laut China turut rasai gegarannya

GEMPA bumi berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan Tajikistan pada pagi ini, turut dirasai di wilayah autonomi Xinjiang di barat laut China.

Bagaimanapun, tiada laporan kemalangan jiwa dan tiada pengesahan rasmi berhubung sebarang kerosakan harta benda setakat ini, kata ketua daerahnya, Zapar seperti mana dilaporkan oleh Xinhua.

Bekalan elektrik dan talian komunikasi di Kashgar juga tidak terjejas.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Tajikistan pada pukul 8.37 pagi tadi, waktu Beijing.

Pusat gempa dipantau pada 37.98 darjah utara dan 73.29 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer, menurut CENC. – SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button