AgamaNasional

Apabila Melayu Pisahkan Islam, Berkahwinlah Melayu Lesbian Di Luar Negara!

Yang mencorakkan perangai anak-anak adalah ibu bapa. Jika terpesong kepala otak ibu-bapa, anak-anak sekadar mencontohi dan akan merevolusikan perangai buruk itu.

Sekarang tengah tular gambar anak Saiful, seorang wanita bernama Sarah, Melayu yang menjadi lesbian dan telah pun membuang kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia.

Paling dahsyat, wanita Melayu yang menetap di Perancis ini gembira kerana dapat melangsungkan perkahwinannya mengikut cara Kristian bersama pasangan.

Definisi Melayu adalah wajib beragama Islam menurut Perlembagaan Persekutuan dan sebaik sahaja membuang kerakyatan, Sarah tak layak membawa nama anak Melayu.

Dalam hal ini timbul satu persoalan, siapakah yang wajar dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentulah sistem pendidikan dan keagamaan dalam negara ini selepas merdeka.

Semuanya lemah dan beberapa agensi kerajaan pula dianggotai golongan berpangkat tinggi yang bertauhidkan wang, jawatan serta kedudukan yang masyur.

Maka kehancuran itu sudah lama pun bermula sehingga generasi muda beranggapan perkara memperjuangkan agama sebagai tindakan kolot dan boleh dibuat gurauan.

Kepada Sarah anak Saiful, teruskan berada di Perancis dan hiduplah dalam dunia yang tidak diredhai Allah SWT selagi tidak bertaubat dan memilih jalan keseronokan dunia yang tidak kekal.

Zaman nabi dahulu, permasalahan sosial cuma terjadi ikut kaum dan ikut zaman nabi tetapi hari ini, kesemua perangai dilaknat itu terjadi pada zaman yang sama iaitu zaman kita!

(Visited 4,081 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button