
Shakilla Khoriri ajak ‘Aswad’ bersemuka kerana bengang dituduh penyondol
SHAKILLA Khoriri mengajak seorang individu bernama ‘Aswad’ bersemuka kerana bengang Seorang dituduh merampas suami kepada rakannya.
Dalam hantaran di Instagram, Shakilla mengajak individu bernama Aswad itu bersemuka untuk melihat bukti sama ada dakwaannya itu benar atau tidak.
Bagaimanapun selepas beberapa jam, Shakilla memuat naik gambar menyatakan dia telah disekat selepas cuba untuk mendapatkan nombor individu tersebut.
Katanya, dia lebih suka bertemu dengan lelaki tersebut kerana tidak gemar membalas komen dengan manusia yang mengakui serba tahu tentang kehidupannya.
“Kalau nak menulis yang paling serba tahu pastikan kena berani dan yakin dengan apa yang ditulis.
“Untuk tidak kena maki depan netizen yang budiman.
“Sembang tin kosong, lain kali jangan menyibuk hal orang. Jangan nak jadi yang paling tahu hal orang lain,” katanya.
Baru-baru ini individu itu mendakwa Shakilla merampas suami kepada kawannya selepas aktres itu tampil menjawab persoalan netizen tentang kelibat bekas suaminya, Fizi Ali yang dilihat tidak hadir di hari sukan anak mereka. – SM