Hiburan

Shahrol Shiro tolak ‘job’ kerana Alif Satar

Pernah menolak tawaran untuk bekerjsama dalam sebuah program pada 2014 hanya kerana merasakan tiada ada persefahaman antara satu sama lain.

Namun, siapa sangka permulaan yang pahit itu akhirnya menjadikan pelawak, Shahrol Shiro dan penyanyi, Alif Satar sebagai rakan karib hingga kini.

Berkongsi kenangan itu, Shahrol berkata, dia pada mulanya agak kekok untuk bekerja dengan Alif disebabkan gayanya yang kelihatan berlagak.

“Disebabkan itu saya menarik diri daripada bekerjsama dengan Alif dan rupanya dia pun sama kerana katanya saya seperti budak kampung. Asyik nak sebut Kluang, Johor sahaja.

“Bos ketika itu sudah pening kepala dan akhirnya kami dipaksa untuk bekerja dahulu selama sebulan,” katanya.

Menurut Shahrol lagi, selepas bekerjasama dalam program tersebut, barulah dia tahu yang pandangannya terhadap Alif adalah jauh berbeza daripada tanggapan pertamanya.

Jelasnya, Alif disifatkan sebagai seorang pendengar yang baik dan akan membantu bila dia mempunyai masalah.

“Alif juga seorang yang menjaga solat sekaligus menukar persepsi awal yang saya anggap dia sebagai seroang budak moden ke arah barat,” jelasnya.

Shahrol turut memberitahu yang di dalam kehidupan ini, seseorang itu tidak boleh menilai orang lain hanya menerusi pandangan pertama, sebaliknya perlu kenal dan nilai sendiri. -SM

(Visited 645 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button