BeritaNasional

Kasar tapi tiada niat mendera

Wanita itu menampar kepala dan hentak bayi ke lantai, dia mengaku bertindak kasar, tetapi menafikan berniat untuk mendera.

Perbuatan itu bagaimanapun antara tular melalui dua video berdurasi empat minit dan tujuh saat hingga warga maya naik berang.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis menerima laporan mengenai video berkenaan daripada seorang kerani bank selepas dia menerima video berkenaan daripada rakannya.

Che Zaimani berkata, wanita itu telah ditahan pada Rabu lalu dan dia memberitahu tidak berniat untuk mendera.

Katanya, suspek juga mendakwa tidak ingat bila kejadian itu berlaku.

“Kita juga telah mengambil keterangan daripada ibu bayi terbabit yang memberitahu anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan setiap kali diambil dari rumah pengasuh.

“Ibu bayi itu juga mengatakan anaknya dalam keadaan sihat dan tiada kesan lebam ditemui di badannya,” katanya.

Mengulas lanjut, Che Zaimani berkata, ayi itu telah dihantar untuk pemeriksaan di hospital namun doktor mendapati tiada kesan akibat didera atau dipukul.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1)a Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu wanita yang membuat laporan polis mendakwa dia tidak mengenali ibu bapa bayi berkenaan dan membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan bayi berkenaan.

“Wanita itu memberitahu yang rakannya mengirim video berkenaan kerana tidak mahu dia menghantar anak ketiganya kepada pengasuh terbabit berikutan bimbang diperlakukan seperti bayi itu,” katanya dipetik Sinar Harian.

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button