Hiburan

Shahrol Shiro jumpa Dira Abu Zahar, calon N25 DUN Rim

MENANGGUK di air keroh atau apa pun nawaitu Shahrol Shiro yang dikatakan aktif dalam politik, khabarnya calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dira Abu Zahar sempat meluangkan masa bertemu rakan artisnya itu.

Dalam kesibukan Dira berkempen bagi meraih undi para pengundi di N25 DUN Rim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini, mereka sempat berbual termasuk perkara yang berkaitan dengan pembangunan yang bakal disediakan untuk manfaat penduduk DUN Rim.

Sambil menyifatkan Dira seorang yang bukan sahaja cantik tetapi bijak, Shahrol akui kagum dengan sikap ramah dan rendah diri dimiliki oleh Dira.

“Beliau tidak pernah berubah dan sejak dulu lagi, beliau sangat mudah didekati,” kata Shahrol.

Kata Shahrol, kesimpulan yang boleh dibuat tentang calon DUN Rim itu ialah dia bukan sahaja cantik tetapi bijak orangnya.

“Semoga sukses Dira di sana, sentiasa ingat nawaitu yang selalu awak sebut adalah untuk membantu dan menyelesaikan masalah setempat agar mereka lebih sejahtera,” kata Shahrol dalam catatan di Instagramnya.

Beliau juga menambah, masyarakat di DUN Rim dapatlah menyokong dan memilih Dira Abu Zahar demi kestabilan dan kemakmuran Melaka. – SM

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button