BeritaNasional

Shahrir, Ahmad Maslan didakwa pengubahan wang haram esok

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan atas tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Menurut kenyataan SPRM kepada media hari ini, masing-masing bakal menghadapi satu dan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“SPRM telah menahan Shahrir pada pukul 11.22 pagi manakala Ahmad pula ditahan pada pukul 10.10 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

“Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen 9 pagi esok,” menurut kenyataan tersebut.

Semasa kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum 9 Mei 2018, Shahrir mengetuai Felda manakala Ahmad merupakan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri.
– SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button