NasionalNegeri

Pas sempadan: Kaunter JIM Perlis di UTC diserbu hari ini

SEAWAL 6.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar bagi membuat pas sempadan.

Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang ini apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis telah mengeluarkan notis mulai semalam bahawa orang ramai sudah boleh memohon pas sempadan mulai hari ini (6 Ogos).

Pas sempadan menjadi pilihan penduduk Perlis untuk melancong ke Perlis

Pada 12 Julai lalu, JIM Perlis telah memberi notis menutup permohonan pas sempadan.

Suara Merdeka difahamkan nombor juga habis awal di mana hanya 150 permohonan sahaja diterima.

Bagi yang datang lewat melebih pukul 10 pagi terpaksa pulang.

Sementara itu salah seorang yang ditemui, Fariziana Idris, 39 dan anaknya Nur Alisha Muhamad Faizal, 7 mulai beratur sejak pukul 7.30 pagi lagi.

Fariziana dan anaknya Nur Alisha menunjukkan nombor bagi membuat permohonan pas sempadan di UTC Kangar.

“Sebaik dimaklumkan pembukaan semula pernohonan pas sempadan oleh adik malam tadi, saya terus sahaja pergi ke kedai untuk mengambil gambar,” katanya.

Katanya, sudah lebih tiga jam menunggupun, nama dia dan anak masih belum dipanggil.

Bagaimanapun katanya, apa yang penting hari ini dia sudah memilik pas sempadan.

Katanya, jika sudah ada pas sempadan mudah untuk beliau dan anak pada bila-bila masa hendak berkunjung ke negeri jiran. – SM

BACA JIM Perlis buka permohonan pas sempadan esok

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button