Jenayah

Nenek dedah nombor telefon yang ‘sangap’, rimas 24 jam terima Whatsapp lucah!

Seorang wanita berusia 59 tahun berpangkat nenek hampir sakit jantung apabila tiba-tiba menerima banyak Whatsapp lucah daripada nombor yang tidak dikenali.

Ujar Mariputhu a/p Thinarajah, pada mulanya dia menyangka orang tersalah nombor tetapi keadaan berlaku sebaliknya.

“Saya tak tahu macam mana nak cakap tapi boleh dikatakan mereka akan call saya, lepas saya cakap hello, dia letak.

“Tak lama lepas tu, ada yang akan Whatsapp saya ajak berkenalan, ajak main dan minta gambar lucah,” dedahnya.

Mariputhu agak tertekan dengan pengalaman buruk itu kerana tidak menyangka akan berdepan situasi jijik sedemikian.

“Mereka ini perlu jadi contoh.. jangan sesuka hati layan nafsu syaitan yang bukan-bukan kerana penghujungnya tak manis.

“Tak sangka dah 2023, semakin ramai ‘jantan tak guna’ cuba makan luar dan terus bangga buat dosa,” marahnya.

(Visited 449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button