Politik

Shahril Hamdan antara lima lagi yang akan dipecat

Shahril Hamdan antara lima lagi ahli MKT yang akan dipecat sebagaimana berlaku kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Shahril yang kini merupakan Pegawai Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri termasuk di dalam senarai itu kerana tidak sehaluan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dipecat selepas dilantik sebagai Duta Besar Malaysia di Indonesia.

Sebelum ini Tajuddin juga sering mengkritik Zahid.

Tan Sri Annuar Musa sebelum ini turut memberi gambaran bahawa lebih ramai yang akan dipecat oleh Zahid untuk mengukuhkan kedudukannya di dalam parti.

Tajuddin diganti dengan Isham Jalil yang sebelum ini dipecat dari jawatan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN).

Perbuatan Zahid dikhuatiri akan menyebabkan perpecahan di dalam UMNO.

Ada pihak yang mendesak supaya Zahid dipecat sebelum beliau melakukan lebih banyak mudarat kepada parti itu.

(Visited 1,471 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button