NasionalSukan

Shahriffuddin dakap gelaran kedua PGM

PEMAIN profesional golf negara, Shahriffuddin Ariffin meneruskan rentak cemerlang mendakap gelaran kedua tahun ini apabila muncul juara Kejohanan Golf KIA-PGM di Glenmarie Golf, Hotel & Resort, di Shah Alam, Selangor hari ini.

Anak jati kelahiran Melaka itu mendakap gelaran juara PGM Maybank di Saujana Golf Country Club Mac lalu, disaingi hebat oleh pemain amatur Ervin Chang yang masih segar dengan kemenangan dua pingat emas dalam acara individu dan berpasukan lelaki di Sukan SEA Vietnam minggu lepas.

Shahriffudin mengumpul 10 bawah par 278 pukulan dengan kelebihan satu pukulan mengatasi Chang di kejohanan bernilai RM120,000 manakala Mirable pula menggenggam gelaran kategori wanita dengan kelebihan tiga pukulan juga melakar 278 pukulan.

Biarpun Shahriffudin sekadar mencatat par 72 pukulan pada saingan hari terakhir tetapi itu sudah cukup untuk dia mengatasi Chang. Kejayaan itu membolehkanya menerima hadiah wang tunai RM21,000.

Pada saingan hari pertama pemain berusia 23 tahun itu melakar catatan tujuh bawah par 65 pukulan dan tiga bawah par 69 pukulan pada saingan hari kedua ketika aksi tertangguh hampir tujuh jam berikutan hujan lebat.

“Keseluruhannya saya bermain dengan baik minggu ini. Cuaca buruk semalam tidak banyak membantu namun ia tidak menghalang corak permainan dan fokus setiap lubang.

“Pada saingan hari terakhir saya lega dapat mengekalkan rentak permainan dan sangat berpuashati untukmenang,” kata pemain itu yang muncul naib juara di Thailand baru-baru ini.

Sementara itu Chang yang melakar sembilan bawah par 279 pukulan berkata, kejohanan ini adalah yang terakhir buatnya berstatus sebagai pemain amatur melahirkan rasa gembira dapat bersaing dengan pemain lebih berpengalaman darinya.

“Kejohanan ini hampir serupa di Sukan SEA Vietnam. Saya sangat seronok dapat beraksi cemerlang apa lagi bermain bersama Shahriffuddin pada hari terakhir,” ujarnya.

Sementara itu Paul San yang melakar empat bawah par 68 pukulan keseluruhan mengumpul tujuh bawah par 281 menduduki tempat ketiga manakala Khor Kheng Hwai di tempat keempat dengan 282 pukulan dan Nicholas Fung di tempat kelima mencatat 283 pukulan. – SM Melaka

 

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button