Politik

Shahidan ulangi kenyataan bukan pengkhianat parti

DATUK Seri Shahidan Kassim hari ini sekali lagi mengulang kenyataan yang ditujukan kepada Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau bukannya pengkhianat parti.

“Hang (Zahid) yang khianat parti, parti pilih saya, kenapa hang ubah nama,” kata Shahidan.

Oleh itu, kata Shahidan mempersoalkan siapa yang menjadi pengkhianat sebenarnya.

Shahidan berkata, pemilihan nama calon di Perlis kali ini juga jadi “camok” (berselerak).

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan UMNO 15.13.1 telah menyebut bahawa pemilihan calon adalah dibuat oleh Bahagian.


Tambah beliau, senarai ini akan dibawa ke Majlis Tertingggi (MT) untuk pemilihan.

Katanya, tiada sesiapa boleh campurtangan termasuk Presiden.

Shahidan mendakwa Ahmad Zahid telah mengubahnya sekaligus membuktikan beliaulah (Zahid Hamidi) sebenarnya pengkhianat di mana sepatutnya isytihar keluar parti sebab khianat.

“Pecatlah dirimu sebelum pecat orang,” kata Shahidan yang mendapat tepukan gemuruh ketika berucap pada Program Jelajah PN Bersama Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Bilik Gerakan PN Arau di Taman Jelempok Jaya, Arau, Perlis.

Hadir sama Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Pengerusi PN, Mohd. Shukri Ramli.

Sementara itu, Hamzah dalam ucapannya melahirkan keyakinan PN akan menawan Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau berkata, rakyat perlu memilih PN pada kali ini kerana menampilkan calon yang beriah iaitu bebas rasuah serta kes mahkamah.

“Kepimpinan bersih hanya ada pada PN bagi memerintah negara ini supaya sentiasa dalam rahmat Allah,” katanya. – SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button