Politik

Shahidan pegang kenyataan Zahid beri kebebasan kepada ahli parlimen UMNO

AHLI Parlimen Arau Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berpegang kepada kenyataan awal Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kebebasan kepada ahli parlimen parti itu membuat keputusan apabila pengundian berlangsung di Dewan Rakyat.

Serentak itu, ahli parlimen UMNO itu menolak kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang mahu ahli parlimen parti itu menjadikan keputusan parti sebagai panduan apabila proses pengundian berlangsung.

“Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 8 Julai 2021 terdapat pertambahan ketetapan baru yang dikenakan kepada ahli-ahli parlimen UMNO apabila perlu menjadikan keputusan parti sebagai panduan di dalam melaksanakan tanggungjawab ketika sidang parlimen.

“Perkara ini dilihat tidak menggambarkan keputusan awal yang telah diumumkan oleh presiden UMNO. Sehubungan dengan itu, kami ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada kenyataan yang dibuat oleh presiden UMNO iaitu memberikan kebebasan budi bicara kepada ahli-ahli parlimen untuk membuat keputusan ketika sesi pengundian,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pada 7 Julai menyatakan ahli-ahli parlimen UMNO boleh menggunakan budi bicara apabila berlaku sebarang pengundian ketika sidang parlimen berlangsung dan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional.-SM


(Visited 139 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button