Politik

Shahidan Kassim umum bertanding lawan BN

PENYANDANG kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menentang BN.

Bagaimanapun setakat ini beliau enggan mengesahkan akan mewakili parti mana.

“Bertanding atas tiket apa itu nombor dua, yang penting saya tanya dengan cawangan-cawangan UMNO dahulu, saya harus tanding atas tiket apa,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua Cawangan Parlimen Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Arau, Perlis, malam ini.

Cuma Shahidan membayangkan parti yang akan dipilihnya itu nanti yang menggerak ke arah Muafakat Nasional (MN) yang lepas di mana ia melibatkan PAS dan parti Bersatu.

Apabila namanya tidak disenaraikan sebagai calon, beliau mengakui memang banyak menerima “lamaran” daripada semua parti.

“Mereka kalut menawarkan tempat kerana tahu saya calon yang boleh menang, ” ujar beliau.

Shahidan melahirkan rasa kesal kerana calon yang dipilih BN iaitu Rozabil Abdul Rahman didakwa berbohong kepadanya.

“Calon ini juga telah berbohong kerana sebelum itu telah menelefon untuk minta restu tetapi saya kata, Bahagian tidak restu,” jelas Shahidan.

Bagaimanapun kata Shahidan, rupa-rupanya nama Rozabil yang dicalonkan sedangkan dia langsung tiada sebarang jawatan dalam Bahagian.

Beliau menyifatkan BN meletakkan calon yang tiada jawatan dalam Bahagian sebagai mencari “nahas”. – SM

 

(Visited 1,662 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button