Nasional

2,062 kes baharu, separuh jangkitan berlaku di Selangor

Lapan kluster baharu dikesan, enam daripadanya kluster tempat kerja

NEGARA mencatatkan kes harian baharu ketiga tertinggi hari ini sejak pandemik Covid-19 dilaporkan iaitu 2,062 kes.

Selangor menyumbang separuh daripada keseluruhan kes baharu iaitu sebanyak 1,014 kes. Sebanyak 887 kes yang berlaku di negeri ini adalah daripada kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kedua kes tertinggi iaitu 504 kes dan Sabah sebanyak 252 kes.

Sementara itu lapan lagi kluster baharu telah dikenal pasti hari ini dengan lima daripadanya dikesan berlaku di Lembah Kelang dan enam daripada kluster terbabit merupakan kluster di tempat kerja.

Kluster Pasar Baru melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor. Kes indeks iaitu kes ke-85580 telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember melalui saringan individu bergejala.  Sejumlah 2,001 individu telah disaring dengan 309 kes telah dikesan positif COVID-19.

Kluter Panginatan dilpaorkan berlaku daerah Ranau, Papar dan Kota Belud di Sabah. Kes pertama iaitu kes ke-85057 telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sejumlah 232 individu telah disaring dan 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Enam kluster tempat kerja termasuk Kluster Bukit Naga melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sejumlah 190 individu telah disaring dengan 58 kes telah dikesan positif COVID-19.

Kluster Tapak Bina Residen melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sejumlah 640 individu telah disaring di mana 294 kes telah dikesan positif COVID-19.

Kluster Tapan Bina Kasih melibatkan daerah Kepong Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula pada 22 Disember melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sejumlah 392 individu telah disaring dan 43 kes telah dikesan positif.

Kluster Tapak Bina Sinar View melibatkan daerah Kepong di ibu negara. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sejumlah 510 individu telah disaring dan 32 kes telah dikesan positif.

Kluster Tampai Jaya Kluster melibatkan daerah Johor Bahru. Kes indeks iaitu kes ke-88947 telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember melalui saringan individu bergejala. Sejumlah 231 individu telah disaring dengan 32 kes telah dikesan positif.

Kluster Rapat melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak. Kes indeks telah dilaporkan positif pada 16 Disember melalui saringan individu bergejala.  Sehingga 22 Disember sejumlah 146 individu telah disaring dan 7 kes telah dikesan positif Covid-19.-SM

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button