Politik

Shahidan Kassim lalui fasa ngeri PRU15

BN tak calonkan nama Shahidan

URA-URA Datuk Seri Shahidan Kassim tidak “dilantik” semula bagi mempertahankan kerusi Parlimen Arau dilihat semakin menyerlahkan kebenarannya.

Shahidan memuatkan status di akaun Facebook (FB)nya lebih kurang pukul 9.50 malam ini mengenai kedudukannya yang semakin hangat diperkatakan.

Status itu menyebut “Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah”.

Statusnya itu mendapat lebih 1,000 komen dan lebih 300 “shares” ini memang mendapat perhatian luar biasa daripada netizen.


Dari status ini bermakna Shahidan telahpun mendapat maklumat dirinya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Shahidan sangat disegani sebagai ahli politik ekoran berpengalamannya melebihi 30 tahun.

Beliau menang Parlimen Arau pada PRU 1986, 1990, 2013 dan 2018 dan menjadi Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Tiga hari lepas, Shahidan memberi bayangan tidak mahu campur tangan dalam kempen pilihan raya jika namanya tidak tercalon pada PRU15. – SM

(Visited 430 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button