Ekonomi

TheVybe@Techzone, pembangunan SOHO terbaharu Kumpulan Emkay

KUMPULAN EMKAY telah melancarkan penjualan TheVybe@Techzone. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Emkay Dato Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal di Cyberjaya pagi tadi.

Projek pembangunan strata SOHO 28 tingkat terbaharunya di Cyberjaya dengan nilai pembangunan kasar RM155.34 juta. Pembangunan hartanah pegangan bebas ini dilihat dapat melengkapkan keseluruhan pembangunan Techzone@Cyberjaya yang berkeluasan 35.58 ekar.

Pembangunan sedia ada di Techzone@Cyberjaya terdiri daripada blok pejabat dan lot runcit komersial yang kini diduduki oleh beberapa agensi kerajaan seperti Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SW Corp, KWAP, dan Universiti Islam Malaysia.

Keseluruhan kawasan pembangunan Techzone@Cyberjaya ini juga telah dikenal pasti sebagai kawasan bidang tumpuan utama dalam pelan induk baharu kerajaan untuk Cyberjaya. Faktor nilai tambah berkenaan disokong lagi dengan laluan sambungan baharu MRT yang mempunyai stesennya di Pusat Bandar Cyberjaya dalam lingkungan 2KM dari Techzone@Cyberjaya, dan ini merupakan petanda kemajuan bagi Cyberjaya secara keseluruhan, dan khusus buat Techzone@Cyberjaya.

TheVybe@Techzone yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 2.28 ekar merupakan satu-satunya komponen kediaman di kawasan ini, dan perancangannya merupakan sebahagian daripada strategi Kumpulan untuk menjenamakan semula keseluruhan pembangunan Techzone@Cyberjaya demi melengkapkan aspirasi kerajaan untuk Cyberjaya.

TheVybe@Techzone akan menempatkan 488 unit standard 1-bilik tidur, 86 unit studio dan 3 unit runcit lengkap dengan ciri kemudahan unik seperti lobi pintu masuk tingkat bawah yang luas dengan ruang penerimaan dan ruang menunggu, kemudahan bilik mesyuarat, manakala unit-unit runcit ini dirancang bagi menempatkan kedai dobi, pasar mini, kafe, taman permainan pelbagai guna dan kolam renang infiniti.

Harga yang ditawarkan bermula daripada RM199,900 untuk unit Soho dan unit kediaman satu bilik pula bermula daripada RM267,900 hingga RM298,900. Manakala bagi unit runcit, harga dibuka untuk jualan bermula daripada RM177,400 hingga RM251,000.

TheVybe@Techzone mempunyai reka bentuk konsep pelan induk yang berpandukan kepada bentuk muka bumi semula jadi sejajar dengan rupa bentuk tanah dikawasan keseluruhan, di mana koridor pandangan sedia ada telah diasimilasikan dengan cahaya matahari bagi mencipta seni bina responsif dengan penambahbaikan kepada persekitaran binaan.

Prinsip ruang seni bina yang terhasil akan menyediakan ruang yang positif dan bertenaga untuk keseronokan, bekerja dan berekreasi. Selaras dengan motif reka bentuk gaya terkini atau “ruang hidup gaya bandar & ruang hibrid”, TheVybe@Techzone dijangka sesuai dengan gaya hidup moden di Cyberjaya.

Semasa pelancaran, TheVybe@Techzone telah menerima dokumen D.O.P. (Butiran Pembelian) daripada tiga puluh pembeli pertamanya yang menandatangani dokumen tersebut dan sekaligus membuktikan reaksi positif para pembeli terhadap permintaan unit SOHO di kawasan ini. Situasi yang ditampilkan ini adalah petanda baik buat Kumpulan EMKAY untuk tahun-tahun yang mendatang. – SM 

Artikel berkaitan > Semakin mudah bergerak dalam Cyberjaya serendah seringgit dengan Kumpool

(Visited 471 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button