fbpx
Luar Negara

Shah Alam gembira sambut ketibaan Rayhan

WARGA Bangladesh yang diusir dari Malaysia, Mohd. Rayhan Kabir selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka pagi tadi.

Dia yang sudah beberapa tahun berada di negara ini ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) selama tiga minggu.

Mohd. Rayhan Kabir kemudian dihantar pulang ke negara asalnya pada pukul 1 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan portal berita Bangladesh, The Daily Star, bapanya, Shah Alam, dikatakan sudahpun berada di lapangan terbang menunggu ketibaan anaknya itu.

“Tidak sabar menunggu kepulangan anak kami ke pangkuan keluarganya. Akhirnya dia berada bersama kami.


BACA > Pandu lawan arus di laluan motosikal, pemandu Vios diburu – Suara Merdeka

“Kita masih dalam bulan untuk meraikan Aidiladha.”

Demikian kata Shah Alam, ketika menyambut anaknya di lapangan terbang di Dhaka Bangladesh, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Rayhan Kabir ketika ditemui wartawan di sana menyatakan keterujaannya dapat pulang untuk bersama keluarga.

“Betapa seronoknya. Beberapa kali juga saya kerap berulang alik dari Bangladesh ke Malaysia enam tahun kebelakangan ini.

“Kali ini rasanya lain. Bangladesh, negara, ibu dan orang tua saya. Tiada kata dapat menerangkan perasaan ini kepada semua orang.

“Saya amat menghargai semua orang, termasuk mereka yang sentiasa berada di sisi ketika berada di perantauan dan pulang ke kampung,” ujarnya.

BACA > Jeffrey perlu jawab mana hilang 700,000 hektar tanah Yayasan Sabah -Shafie – Suara Merdeka

Mohd. Rayhan Kabir sebelum ini diburu pihak berkuasa selepas kenyataan kontroversinya dalam dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

Kemudian, dokumen yang diterbitkan agensi media, Al Jazeera kemudian tular dalam media sosial dan dikecam rakyat Malaysia kerana didakwa menyatakan berita tidak benar.

Susulan itu, wartawan, penerbit dan beberapa kakitangan Al Jazeera di Kuala Lumpur dipanggil pihak polis di Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Sehubungan itu juga, Mohd. Rayhan Kabir kemudian ditahan pada 24 Julai selepas bersembunyi dekat sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.

Namun sebelum ditahan, dia sempat menghantar pesanan menerusi WhatsApp menegaskan tidak akan mengubah pendiriannya terhadap kenyataan dalam dokumentari itu walaupun ditahan pihak berkuasa.

“Saya tidak melakukan sebarang jenayah dan tidak menipu. Saya cuma mengadu tentang diskriminasi terhadap pendatang,” jelasnya.

BACA > Dr. Mohd. Khairuddin sudah dikompaun RM1,000 – Suara Merdeka

Justeru dia mendakwa, apa yang dilakukannya adalah sebagai usaha mempertahankan golongan pendatang khususnya warga Bangladesh.

“Saya mahu mempertahankan maruah pendatang dan negara. Saya percaya semua pendatang dan Bangladesh akan menyokong,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, Mohd. Rayhan Kabir turut memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Imigresen mengenai apa yang dilihatnya.

Bagaimanapun, dia juga menyatakan tidak mahu menyakitkan hati rakyat Malaysia berhubung kenyataannya dalam dokumentari tersebut.

Kecaman dan tekanan yang diterima Mohd. Rayhan Kabir dan agensi berita dari Qatar itu mendapat kritikan daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.

Ia termasuklah Pemerhati Hak Asasi Manusia dan Amnesty International yang menggesa pembebasannya dengan segera.

Mohd. Rayhan Kabir bagaimanapun dibebaskan apabila tiba di negara asalnya dan terus pulang ke kampungnya di Bandar Upazila, Narayanganj.

BACA > Md Rayhan dihalau keluar dari Malaysia, balik negara asal malam ini – Suara Merdeka

“Saya tidak akan mengubah pendirian. Saya akan terus lakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada orang ramai,” tuturnya ketika dalam perjalanan pulang ke Narayanganj. – SM

 

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button