Politik

Najib tidak ingin bekerjasama dengan orang yang jatuhkan diri sendiri

DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak berminat untuk bekerjasama dengan orang yang menjatuhkan diri sendiri.
“Macam saya tersangat ingin nak kerjasama dengan orang yang rancang jatuhkan diri sendiri.
“Nanti tak tidur malam tiap-tiap hari sebab risau esok kerajaan akan tiba-tiba tumbang tanpa apa-apa sebab,” kata Najib.
Najib berkata demikian menjawab kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjangkakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang esok berikutan tidak mendapat sokongan semasa undian meluluskan Belanjawan 2021 bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat.
Dr. Mahathir yang mengadakan sidang akhbar bersama Tengku Razaleigh Hamzah petang ini menawarkan diri untuk memimpin kerajaan baharu bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Bekas perdana menteri dua kali itu bagaimanapun enggan bekerjasama dengan Najib dalam membentuk kerajaan baharu tersebut.
Terdahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan turut mendakwa mempunyai sokongan yang cukup bagi membentuk kerajaan baharu jika PN tumbang.
PN mengambil alih kerajaan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh selepas Dr. Mahathir meletakkan jawatan menyebabkan pergolakan dalam parti komponen.
(Visited 1,813 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button