NasionalNegeri

Belok tidak ikut lampu isyarat boleh dikompaun RM300

SELAGI tidak ada papan tanda “Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan dan Pejalan Kaki”, pengguna jalan raya yang berada di simpang tiga dinasihatkan jangan sesekali membelok jika lampu isyarat belum bertukar hijau.

Pengguna jalan raya jangan sesekali membuat keputusan sendiri semasa membelok sebaliknya perlu patuh lampu isyarat.

Dalam kos hidup yang semakin tinggi, kesalahan melanggar lampu isyarat yang menggenakan kompaun RM300 maka pengguna harus bersabar mematuhi peraturan jalan raya.

Operasi di persimpangan Jalan Raja Muda – Padang Katong. – Gambar Ihsan FB JPST Perlis

Semalam, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad memberitahu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah menjalankan operasi bagi memastikan pengguna jalan raya di negeri ini patuh pada peraturan.

Operasi ini telah dijalankan di persimpangan Jalan Raja Muda ke Jalan Padang Katong, Kangar mulai 10 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Suara Merdeka difahamkan, persimpangan ini antara yang paling sibuk disebabkan kepadatan penduduk sekaligus meningkatkan jumlah pengguna jalan raya pada satu-satu masa.

Pada operasi ini, sebanyak 190 buah kenderaan telah diperiksa.

Daripada jumlah itu sebanyak 27 saman telah dikeluarkan di atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Manakala 13 lagi saman telah dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan lalu-lintas yang lain. – SM

(Visited 956 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button