Nasional

Atlet pecut 100m negara jalani kem latihan di UPSI

SERAMAI atlet olahraga kebangsaan 100 meter menjalani kem latihan dari 2 hingga 8 Julai sebagai persediaan bertanding di Kejohanan Asian Track and Field yang akan berlangsung di Bangkok pada 12 hingga 16 Julai depan.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata seramai 20 atlet Malaysia Juara dan 12 atlet kebangsaan antaranya pelari pecut, Muhammad Azeem Fahmi dan Khairul Hafiz Jantan di bawah kendalian tiga juru latih .

Katanya, pelbagai kemudahan sukan yang lengkap dan bertaraf antarabangsa mendorong kehadiran atlet 100 meter negara untuk menjalani latihan di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Prof Dato’ Md Amin (bertali leher) bersama jurulatih dan atlet yang menyertai kem latihan bergambar kenangan di Scholar`s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah.

Menurut beliau KSAS yang terletak di Proton City berkeluasan 850 ekar dibangunkan UPSI Sports City (USC) yang yang sesuai digunakan untuk acara sukan olahraga bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata USC dilengkapi sokongan kemudahan Sains Sukan seperti rehabilitasi, biomekanik serta fisiologi sukan.

Selain itu, katanya, juga tersedia kemudahan latihan yang lengkap berpusat seperti dewan tertutup, gym latihan bebanan, kolam renang, asrama sukan serta hotel.

“UPSI memiliki tenaga pakar dan sokongan Sains Sukan dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan serta Pusat Sukan yang mengendalikan UPSI Sports City yang dikendalikan oleh Pusat Sukan.

Antara atlet yang menyertai kem latihan.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata USC sebelum ini pernah digunakan sebagai gelanggang Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT).

“ UPSI juga menawarkan kadar sewaan tertentu kepada pelbagai agensi kerajaan atau swasta untuk menggunakan kemudahan sukan lengkap dan berpusat ini seperti Kompleks Sukan, kolamg renang , padang hoki serta aktiviti berkayak,” katanya.

Selain itu, UPSI Adventure Park juga menjadi tumpuan pelbagai agensi serta sekolah mengadakan kursus pembinaan pasukan. -SM

Baca juga : MoU antara UPSI – Vfive Sdn. Bhd. beri manfaat pelajar jalani latihan industri

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button