Politik

Shafie jumpa Yang Dipertua Negeri Sabah

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertemu Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira-kira setengah jam di Istana Negeri, di sini, pagi ini.

Kira-kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) mengiringi kenderaan Mohd Shafie, masuk ke Istana Negeri melalui pintu di Padang Merdeka, pada kira-kira pukul 8.20 pagi, dan mereka dilihat keluar kira-kira setengah jam kemudian.

Pagi ini, Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan dijadual mengadakan sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Sidang media berkenaan difahamkan antara lain mempunyai kaitan dengan dakwaan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman semalam, yang beliau telah mendapat majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Musa dalam sidang medianya itu mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu, namun beliau tidak memberitahu jumlah majoriti mudah yang dimilikinya.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati semua laluan pintu masuk ke Istana Negeri dikawal ketat oleh pihak keselamatan, dengan kedua-dua laluan ke Istana Negeri iaitu di bulatan Karamunsing serta Padang Merdeka ditutup, dan pengamal media tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.- BERNAMA

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button