Politik

PRK Kimanis: Kemenangan berturut-turut BN, rakyat tak sabar Parlimen dibubar  

KEMENANGAN berturut-turut Barisan Nasional dalam lima pilihan raya kecil (PRK) terbaharu di Kimanis menandakan rakyat tidak sabar untuk menunggu Parlimen dibubarkan sekaligus pilihan raya umum berlangsung.

Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, kemenangan berturut-turut BN memberi mesej yang sangat jelas bahawa rakyat sudah mual dengan politik songsang yang dibawa oleh Pakatan Harapan (PH).

“Tidak cukup dengan perkelahian dalaman parti, isu penggantian PM yang tidak berkesudahan, janji-janji pilihanraya yang diingkari, polisi-polisi yang menekan kaum pribumi serta keghairahan untuk memenangi hati orang Cina dan India sehingga pribumi digores dan dilupai.

“Bagi saya, ini semua merupakan faktor yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Harapan selaku kerajaan,” kata Aminudin.

Aminudin juga berkata, faktor ekonomi yang semakin menekan dengan pengangguran yang semakin bertamban turut menyumbang kekalahan Pakatan Harapan di Kimanis.

Kekalahan tersebut dakwa Aminudin memberi isyarat bahawa kerajaan PH hanya menunggu masa untuk rebah.

“Saya yakin bahawa parti-parti komponen PH sedar dan sedia maklum akan hayat mereka semakin hampir tamat.

“Rakyat kini sudah tidak sabar menunggu parlimen dibubarkan. Apa yang kita mampu serta perlu lakukan ialah memerhati segala tindak tanduk mereka dan mendedahkannya kepada umum supaya rakyat nampak akan kerosakan yang mereka sedang lakukan kepada negara,” kata Aminudin.

Dalam PRK semalam, calon BN Datuk Mohamad Alamin mendapat 12,706 undi  mengalahkan calon Warisan Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi.

Majoriti yang diperoleh BN meningkat kepada 2,029 undi berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu 156 undi melalui calon BN, Datuk Seri Anifah Aman dalam persaingan tiga penjuru.

PRK Kimanis adalah kemenangan BN kali kelima secara berturut-turun selepas  PRK Cameron Highlands,  Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.-BN

 

 

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button