Parlimen

Saya bukan sanggup mati kerana Covid – Shafie

BEKAS Ketua Menteri Sabah Datuk Shafie Apdal menafikan bahawa dia sanggup mati kerana jangkitan virus maut Covid-19.

Ahli Parlimen Semporna (Warisan) itu membentulkan dakwaan Ahli Parlimen Pekan (Barisan Nasional) Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa dia sanggup mati akibat Covid-19 ketika Pilihan Raya Kecil Sabah.

Manurut Shafie, apa yang dimaksudkan beliau adalah dia sanggup mati di gelanggang politik.

“Saya pun agak hairan rakan lama saya dari Pekan, dendam kesumat dia saya tidak tahu mungkin kerana saya bangkit pasal 1MDB, membangkitkan bahawa saya sanggup mati oleh kerana Covid.

“Saya bukan sanggup mati oleh kerana Covid, saya nyatakan nak serahkan kuasa bukan pada pihak yang bergantung dengan cash is king.

Oleh kerana purchasing power mereka untuk membeli ADUN ADUN nak serah kuasa, baik saya mati dalam gelanggang politik. Bukan mati oleh kerana covid, mati dalam gelanggang politik kerana kita serahkan pada rakyat. Kalau rakyat menentuklan siapa berkuasa, keadaan ini perlu kita terima,” kata Shafie.

Beliau berkata demikian ketika sesi Perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Shafie menjawab soalan yang dibangitkan oleh Ahli Parlimen Kimanis (Barisan Nasional) Datuk Mohamad Alamin yang bertanya sama ada Shafie menyesal dengan tindakannya membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah sehingga menyebabkan Covid-19 merebak dan mengorbankan banyak nyawa di Sabah.

Najib sebelum ini dalam hantarannya di Facebook berkata, Shafie membuat kenyataan bahawa beliau sanggup mati daripada serah kembali kuasa sebagaimana beliau rampas kuasa melalui pintu belakang selepas PRU14.

“Sebab dia sendiri kata dia sanggup mati maka dia bubarkan DUN untuk mengadakan PRN Sabah. Keputusan Shafie bubar DUN juga disokong penuh oleh majlis Presiden PH (Pakatan Harapan),” kata Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beberapa kerajaan negeri bertukar tangan selepas PRU14 iaitu Sabah pada tahun 2018 dan Johor, Melaka, Perak dan Kedah pada tahun 2020 tetapi sekali pun DUN tidak dibubar.

“Hanya Shafie sahaja yang bubarkan DUN untuk adakan PRN. Sebab itu, Shafie bukan terpaksa bubar tetapi dia sanggup mati dan membahayakan nyawa warga Sabah untuk kekalkan kuasa dia,” tegas Najib.

Pada 3 Ogos lalu media melaporkan, Shafie berkata, dia terpaksa terpaksa mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).

“Saya tahu ada kritik kita kenapa adakan pilihan raya, bimbang sangat nyawa manusia (berikutan wabak Covid-19).

“Tapi daripada kita menyerahkan kuasa kepada mereka secara itu, tidak apa bagi kita, saya sanggup mati,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Warisan di Kolombong.-SM

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button