Politik

Dua tahun di bawah PH, Warisan ibarat main silap mata – Tok Mat

DUA tahun negara berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) termasuk Warisan di Sabah ibarat bermain silap mata yang pandai berjanji bulan bintang tetapi semuanya tidak menjadi kenyataan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, kini rakyat Sabah berpeluang untuk mengubah nasib mereka melalui pilihan raya negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

Peluang itu katanya perlu digunakan sebaik mungkin bagi memastikan kerajaan yang dipilih benar-benar dapat membantu rakyat.

Katanya, peluang yang ada di depan mata yang hadir ketika berlaku krisis kepercayaan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri hari ini.

“PH adalah pakatan yang gagal tadbir negara, diberi peluang tadbir negara dan Sabah, berjanji bulan dan bintang…tidak ada lagi bayaran PTPTN… felda.. dan sebagainya lagi…  begitu juga tol dan harga minyak.

‘’Jelas sekali mereka bukan sahaja gagal tunai janji manis sehingga kita terlena dengan janji mereka termasuk janji Ketua Menteri Sabah… seolah-olah kerajaan akan hapuskan bebanan rakyat namun dua tahun rakyat semakin susah dan menderita,’’ katanya dalam siri kempen bersama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya di Pusat Daerah Mengundi Lok Kawi, di Kota Kinabalu malam tadi.

Menurut Mohamad, pengundi di Sabah perlu ambil kesempatan yang ada ini kerana jika mengikut tempoh penggal ianya akan berakhir pada 2023.

Tetapi katanya, dengan PRN pada 26 September ini ia adalah peluang dan ruang yang terbaik.

‘’Gunakan peluang ini. Kita dah tersilap 2018 dan jangan kita silap lag. Dulu Sabah Ubah tetapi kali ini kita ubah balik. Apabila diberi peluang mentadbir mendatangkan kemudaratan kepada rakyat cukuplah…pada kali ini kita ubah sama-sama,’’ ujarnya.- SM

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button