NasionalPolitik

Shafie Apdal ingatkan DAP jangan angkuh

DAP diingatkan supaya  tidak terlalu angkuh dalam meletakkan syarat untuk bekerjasama dengan parti-parti lain.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tujjuan kerjasama adalah untuk menang pada pilihan raya.

Oleh itu katanya, tidak harus meletakkan syarat untuk pembentukan kerjasama tersebut.

“Ini aliran trafik sehala, nak bincang, bincanglah. Ttapi, ini ada letak syarat. Hanya boleh bincang kecuali penuhi kehendak mereka.

“Kita tidak boleh terlalu angkuh, tujuan kita nak menang. Maka, rundinglah macam dulu, sebelum kita berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketika itu, kita runding sebaik mungkin bagaimana bukan hanya pembahagian kerusi tetapi, hala tuju kerjasama.


“Ini tidak, ini tiga kerusi kami punya. Tapi, kalau kita bertanding di Semenanjung, kacau. Mereka ambil kerusi kita, tidak kacau,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.

Presiden Warisan itu memberikan reaksi demikian ketikan diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bahawa mereka sudi bekerjasama dengan Warisan dengan syarat kerusi milik DAP dikembalikan.

Shafie berkata, sekiranya DAP tidak mahu bincang dengan mereka terserah kerana Warisan tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

Katanya, Warisan pernah bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini merupakan anggota Barisan Nasional (BN).

“Ini bukan soal khemah besar, penting bagi kita menyediakan pilihan kepada rakyat di negara ini.

“Kita sedang berhadapan masalah kepimpinan untuk bawa ke arah mana ekonomi dapat dipulihkan, rakyat dapat disatukan,” katanya. – SM

(Visited 122 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button