Acara

SG4 Bukan Saingan, Tapi Pelengkap Kerajaan Persekutuan – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2025 – Penubuhan State Government 4 (SG4) yang merangkumi kerjasama antara Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu bukanlah untuk bersaing dengan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya berperanan sebagai pelengkap dan pemangkin kemajuan negara, tegas Penasihat Komunikasi SG4, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, tanggapan bahawa SG4 ditubuhkan untuk berlumba kuasa atau menjadi alternatif kepada kerajaan pusat adalah tidak tepat dan tersasar daripada objektif sebenar.

“SG4 ingin menjadikan negara ini lebih baik, efisien dan cekap. Kalau SG4 berjaya diurus dengan baik, negara jugalah yang akan mendapat manfaatnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di ibu negara malam tadi.


SG4 SUMBER UTAMA SEKURITI MAKANAN NEGARA

Annuar turut menekankan bahawa negeri-negeri di bawah SG4 merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran makanan negara.

70 peratus pengeluaran makanan utama negara datangnya daripada SG4 — sama ada beras, ikan, daging atau ayam,” jelas beliau.

Katanya, jika pengeluaran ini berjaya ditingkatkan hingga melebihi keperluan domestik (surplus), SG4 boleh menjadi penyumbang eksport makanan, sekali gus memberi manfaat langsung kepada ekonomi negara.

“Kita sekarang import daging dari Thailand. Kalau SG4 boleh tingkatkan pengeluaran dan eksport balik ke Thailand, itu keuntungan kepada negara, bukan hanya negeri.”


SG4: ENTITI EKONOMI MELALUI PERMUAFAKATAN

Annuar menyeru supaya semua pihak melihat SG4 sebagai sebuah entiti ekonomi yang lahir daripada permua­fakatan pentadbiran negeri, bukannya wadah politik semata-mata.

“Ramai melihat SG4 seolah-olah mahu berlawan dengan kerajaan pusat – itu salah faham. Kita tidak bersaing, kita berusaha melengkapi usaha pembangunan negara.”


LATAR SG4

SG4 dibentuk sebagai rangka kerjasama strategik antara empat buah negeri pantai timur dan utara Semenanjung yang dikendalikan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Perikatan Nasional (PN). Ia memberi fokus kepada pembangunan ekonomi, pelaburan, pertanian, pendidikan teknikal dan kebajikan rakyat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button