HiburanPolitikPRK

Shahrul Shiro: Banyak job cancel sebab sokong BN

Maharaja Lawak Mega program hiburan paling popular di Astro terasa tidak lengkap tanpa kelibat pelawak popular Shahrul Shiro.

Shahrul Shiro yang sering tampil dengan rakannya Ajak mengetengahkan lawak penuh dengan sindiran dan nasihat rupa-rupanya telah disekat daripada tampil dikaca televisyen.

Shahrul atau nama penuhnya Shahrol Azizie Azmi ketika berucap di atas pentas Barisan Nasional (BN) berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai berkata, dia adalah artis yang paling banyak `job’ yang dibatalkan.

Walaupun tidak menyebut dengan terperinci Shahrul sebelum ini telah dibatalkan kontrak dengan saluran radio Suria FM juga milik Astro atas alasan masalah disiplin, menyebabkan artis tersebut berang.

Shahrul berkata, ada yang suruh beliau berdiam diri bagi mengelak daripada menjadi sasaran, tetapi dia yakin rezeki ditentukan oleh Allah.

Menurut Shahrul jika berdiam itu membawa kebaikan, dia akan berdiam, tetapi jika berdiam itu membawa kemudaratan dia akan bangkit bersuara. – SM

(Visited 718 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button