Nasional

Setiausaha Akhbar MB Pahang meninggal dunia

SETIAUSAHA Akhbar Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali meninggal dunia, hari ini,

Memetik BHOnline, Abdul Wahab, 61, yang dipercayai menghidap kanser darah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini pada jam 5.42 petang.

Sepanjang perkhidmatan, Allahyarham pernah berkhidmat dengan tiga Menteri Besar iaitu Tun Mohd Khalil Yaakob, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai Pegawai Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 1984.

Pada 1989, Allahyarham bertukar ke Biro Pahang sebagai Pewarta Pahang sebelum kembali ke ibu pejabat BERNAMA sebagai Penolong Editor Meja Berita pada 1994.

Pada 1 Julai 1995, Allahyarham dilantik secara pinjaman sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang dan bersara pilihan pada 2006.

Selepas itu, Allahyarham meneruskan perkhidmatan sebagai Setiausaha Akhbar sehingga akhir hayatnya.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Indera Mahkota 5 dan akan dikebumikan selepas Maghrib.

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button