Nasional

Bomba bantu pindah pesakit obesiti dari hospital ke rumah

KHIDMAT 15 anggota bomba digunakan bagi memindahkan seorang pesakit Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) yang mengalami obesiti dengan berat 289 kilogram ke rumahnya semula, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 Mohd Syazwan Saidy berkata anggota yang terlibat dari BBP Seremban 2 dan BBP Nilai.

“Kita terima panggilan pukul 8.05 malam bagi memindahkan pesakit Mohd Fazdli Sham Zolkarnain berusia 38 tahun ini dari HTJ ke rumahnya di Taman Arwana, Seremban,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa dua jam untuk menyelesaikan tugas khidmat khas berkenaan. – BERNAMA

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button