Politik

Ada apa dengan parti tidak bernama…

Terjejaskah Bersatu?

ulama

APABILA para pemimpin Bersatu beria-ia mengatakan parti itu tidak terjejas dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terjejas, ia membuktikan mereka dan keseluruhannya memang sudah terjejas.

Terjejasnya mereka hanya kerana sebuah parti tidak bernama yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ada yang mengatakan kira-kira 70 peratus ahli Bersatu akan berpindah ke parti baharu yang belum didaftarkan lagi itu.

BACA> Bersatu Langkawi tidak terbubar, dakwa naib ketuanya

Parti ini hanya bergantung dengan persona Dr. Mahathir sebagai pemimpin yang berpengalaman dan terkenal menongkah arus sejak remaja lagi.

Setakat ini hanya penyokong tegar Dr. Mahathir yang menyertai parti baharu itu, tanpa kelibat Syed Saddiq Abdul Rahman yang sebelum ini bagaikan belangkas dengan Dr. Mahathir.

Syed Saddiq memberi alasan tidak dapat menyertai pengumuman parti baharu itu kerana meraikan persaraan ibunya yang merupakan seorang guru.

Umum mengetahui Dr. Mahathir pastinya berkecil hati dengan bekas menteri belia dan sukan itu kerana beliau kelihatan ketawa ketika Perdana Menteri ke-7 teruk dibelasah oleh pemimpin UMNO ketika Parlimen bersidang tempoh hari.

BACA> ADUN Jeram tinggalkan Bersatu

Gelagat Syed Saddiq itu pula dirakam kamera Parlimen yang sedang bersiaran langsung.

Lalu apakah kedudukan Muhyiddin ketika ini? Ya betul Muhyiddin tidak terjejas kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Ini adalah kerana beliau berada pada kedudukan tertinggi pimpinan negara dengan sokongan ahli parlimen dan bukannya ahli partinya.

Parti hanya memilih pemimpin dan tidak memilih perdana menteri. Bagaimanapun ia tetap jelas keputusan sebilangan ahli keluar parti kerana tidak yakin dengan kepimimpinan beliau.

Bukan sahaja Bersatu, bahkan PKR dan UMNO juga terdapat ahli dan pemimpin yang keluar parti tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Zahid Hamidi masih lagi menguasai parti dan tetap utuh berdiri.

BACA> Batal ahli Bersatu: Mahkamah benar Muhyiddin batal saman Tun M

Ahli boleh diganti dengan yang baharu kerana sentiasa ada pengikut baharu yang direkrut dan begitu juga pemimpin yang dilatih dan dilantik bagi mengisi kekosongan di dalam parti.

Lebih baik lagi apabila parti dapat membersihkan diri daripada mereka yang bagaikan Gunting di dalam lipatan dan Api di dalam sekam yang merosakkan parti dari dalam.

Melihat masuk hari ketujuh demam keluar parti ini, ia semakin sejuk dan tidak akan sampai meruntuh Bersatu. Rasanya parti itu akan sempat mengadakan perhimpunan agung dalam masa terdekat walaupun terdapat pelbagai cabaran. – SM

 

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button