Politik

Jemaah menteri perlu individu integriti, amanah

Perikatan Nasional menetapkan beberapa syarat kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi sokongan  terhadap Naib Presiden UMNO itu sebagai perdana menteri kesembilan.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, antaranya, sekiranya Ismail Sabri dipilih menjadi perdana menteri, beliau perlu memastikan anggota Kabinet yang dilantik bebas pertuduhan jenayah di mahkamah.

“Sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, beliau hendaklah memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

“Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berpelembangaan,” kata Muhyiddin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin mengesahkan parti gabungan dalam PN sebulat suara mencalonkan Ismail Sabri sebagai perdana menteri yang baru.

Muhyiddin berkata kesemua 50 ahli Parlimen dari gabungan PN serta empat ahli Parlimen bebas pro-PN telah menyerahkan Akuan Bersumpah memilih Ismail Sabri sebagai perdana menteri baharu kepada Istana Negara semalam.

Muhyiddin turut berunding dengan pemimpon parti GPS dan PBS untuk mengambil ketetapan yang sama.

Tambahnya, keputusan tersebut menunjukkan PN mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik balas dendam dalam persaingan merebut kuasa.

Tegas Muhyiddin, ahli politik mesti berjiwa besar apabila berhadapan dengan situasi krisis demi kepentingan rakyat dan negara.

“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar Kerajaan Perikatan Nasiinal yang sednag menumpukan kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa uang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat kepada rakyat,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.

Muhyiddin berharap proses pelantikan perdana menteri yang baharu berjalan lancar dan dimuktamadkan dalam masa terdekat menurut Perlembagaan Persekutuan.-SM

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button