HiburanUncategorized

Sajat di Johor Bahru?

Sejak waran tangkap terhadap Sajat dikeluarkan pada Februari lalu, sehingga kini usahawan berkenaan masih belum berjaya diberkas.

Malah, polis juga telah mengesyaki usahawan kontroversi berkenaan telah melarikan diri ke luar negara.

Namun begitu, menerusi posting terbaharu di Instagram, Sajat seperti mendedahkan lokasi dirinya berada sekarang.

Berdasarkan posting tersebut, dia berada di BBU Commercial Centre dan menerusi carian dibuat ia adalah lokasi yang terletak di Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada dia memang benar berada dilokasi berkenaan sekarang ini atau dia sekadar sengaja meletakkan lokasi pada posting gambar tersebut.

Sebelum ini satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

(Visited 553 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button