Nasional

Setelah Lama Terima Vaksin, Ini Berita Baik Buat Warga Kerja Dalam Sektor Pembuatan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan syarikat sektor pembuatan yang tidak disenaraikan dalam sektor perkhidmatan perlu di kawasan PPN Fasa 1 dan 2 dibenarkan beroperasi pada kadar kapasiti berdasarkan tahap peratusan pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap.

Dalam masa sama, syarikat sektor pembuatan yang disenaraikan dalam sektor perkhidmatan perlu di kawasan PPN Fasa 1, 2 dan 3 pula dibenarkan untuk meningkatkan kapasiti berdasarkan tahap peratusan pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap.

Menurut MITI, pecahan kapasiti tersebut melibatkan 40 hingga 59 peratus pekerja vaksinasi lengkap – dibenarkan beroperasi pada kapasiti 60 peratus dan 60 hingga 79 peratus pekerja vaksinasi lengkap – dibenarkan beroperasi
pada kapasiti 80%.

“Bagi syarikat yang sudah 80 hingga 100 peratus pekerja menerima vaksinasi lengkap – dibenarkan beroperasi
pada kapasiti 100% berkuat kuasa pada 16 Ogos 2021.

“Selain itu, sSyarikat perlu membuat pengisytiharan kadar vaksinasi lengkap pekerja yang sebenar
di sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0,” kata kenyataan tersebut.


MITI berkata demikian mengulas kebenaran beroperasi bagi sektor pembuatan yang ditentukan berdasarkan kadar vaksinasi lengkap pekerja.

MITI berkata lagi, selepas pengisytiharan, syarikat boleh secara terus memuat turun surat kelulusan beroperasi
yang baharu.

“Akses ke CIMS 3.0 untuk pengisytiharan ini adalah terhad kepada sektor pembuatan sahaja dan pengesahan mengenai kadar vaksinasi pekerja akan dibuat melalui semakan dengan pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Sebagai tambahan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada, syarikat adalah diwajibkan untuk melaksanakan Ujian RTK Antigen seperti yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kaedah ujian kendiri atau di fasiliti kesihatan setiap dua minggu bagi pekerja yang hadir ke premis sebagai langkah proaktif untuk mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja,” katanya.

(Visited 70 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button