Nasional

Setelah `bersihkan’ Pasar Borong KL, Santhara perjuang nasib penduduk PPR pula

SETELAH berjaya memastikan Pasar Borong Kuala Lumpur dekat Selayang selamat kepada pelanggan dan bersih daripada warga asing bulan lepas,Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar kini menumpukan usaha membela nasib penduduk projek perumahan rakyat (PPR) di sekitar ibu negara.

Semalam, beliau meredah kawasan perumahan Awam Sri Tioman 1, Kuala Lumpur. Kawasan perumahan di Parlimen Wangsa Maju itu dibina pada tahun 1994 dan mempunyai tiga blok dengan jumlah 420 unit kediaman.

Dalam lawatan yang turut dihadiri pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, Santhara telah memantau kawasan perumahan awam tersebut dengan beberapa isu telah diarahkan oleh beliau untuk dibaikpulih.

Antaranya, melebarkan jalan dalam kawasan perumahan, penambahbaikan parkir (tempat letak) motosikal, penggantian penutup longkang, kawalan pintu pagar dari LRT, penambahbaikan lampu gazebo dan bumbung serta pemasangan bollard untuk menghalang pemandu meletak kenderaan di atas penutup longkang.

Dr Edmund Santhara Kumar

Pada masa, Santhara turut meluluskan sebanyak RM20,000 dari peruntukannya untuk Surau Darussalam di kawasan perumahan tersebut bagi kerja-kerja penyelenggaraan surau dan pembekalan peralatan.

Beliau juga mengedarkan penutup muka kepada penduduk setempat.

Ketika dihubungi SUARA MERDEKA selepas lawatan tersebut, timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen Segamat itu berkata, beliau telah mengarahkan lapan isu berbangkit di kawasan perumahan Awam Sri Tioman 1, Wangsa Maju tersebut dibawa ke perhatian DBKL dan diselesaikan dalam masa 60 hari.

“Saya juga berharap dengan penambahbaikan kawasan PPR dan surau berkenaan dapat memberi manfaat kepada penduduk,” kata beliau.

Bulan lepas, usaha Santhara memperjuangkan nasib penduduk tempatan dalam isu membersihkan penguasaan warga asing di pasar borong Kuala Lumpur mendapat perhatian ramai.

Beliau turut mengakui kehadiran etnik Rohingnya yang ramai sehingga mencecah hampir 15,000 di Kuala Lumpur khasnya Pasar Borong Kuala Lumpur.

Santhara juga memberi bayangan Pasar Borong Kuala Lumpur sebenarnya tidak ubah seperti ‘Kolkata’ malah lebih buruk daripadanya kerana dibanjiri oleh warga asing hampir 99 peratusnya adalah etnik Rohingnya.

Kumpulan itu juga telah ‘berjaya’ mendominasi lokasi seperti Pasar Borong KL dan Selayang sejak 10 tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan rata-rata warga tempatan sudah tidak ada ‘tempat’ lagi.

Pasar Borong KL adalah central distribution hub untuk pasar-pasar lain bukan sahaja di sini sebalik Semenanjung Malaysia.

“Bukan sahaja hasil tempatan sampai ke sini sebelum diagih edar keluar keluar, hasil negara luar termasuk makanan laut, buah-buahan dan lain-lain dari Indonesia, Thailand sampai ke pasar ini sebelum diedarkan kepada pihak lain,” kata beliau.-SM

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button