Nasionalpilihan

Bayi baru lahir ditinggalkan dalam plastik Ikea

SEORANG lelaki tempatan terkejut selepas menemukan bayi yang ditinggalkan dalam plastik Ikea di hadapan sebuah rumah Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 9.15 pagi tadi.

“Siasatan awal polis mendapati bayi tersebut merupakan bayi lelaki yang baru lahir.

“Bayi itu juga ditemukan dalam keadaan cukup sifat dan ditinggalkan di hadapan rumah berkenaan,” katanya.

Menurut Basri, semakan pemilik rumah tersebut telah dibuat dan bayi pula dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi lelaki ini diminta hadir ke Balai Polis yang berdekatan untuk memberi keterangan.

Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. -SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button