Jenayah

Zahid nafi tipu Agong

KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau telah menipu Yang di-Pertuan Agong ketika membentuk kerajaan perpaduan bersama-sama Pakatan Harapan.

Zahid berkata, beliau melakukannya mengikut titah Agong serta mengikut tatacara pembentukan kerajaan.

Justeru beliau menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap Papagomo yang mendakwanya menipu Yang di-Pertuan Agong.

Presiden UMNO itu berkata susulan itu laporan polis juga telah dibuat berhubung dakwaan berkenaan semalam.

Justeru beliau berharap tindakan sewajarnya diambil terhadap pembohongan dan penipuan fakta yang yang dilakukan oleh bekas Exco Pemuda UMNO itu berhubung isu berkenaan.

“Saya harap polis mengambil tindakan terhadap pembohongan yang dilakukan oleh beliau dan penipuan terhadap fakta yang sebenarnya.

“Apa yang telah kita lakukan adalah mengikut titah Tuanku Agong dan juga mengikut tatacara pembentukan sebuah kerajaan ketika itu, dimana pihak PH ketika itu ada 82 kerusi dan BN ada 30 kerusi. Maka ia mencukupkan jumlah 112 yang dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan, mengikut titah Tuanku Agong,” katanya.

Beliau berkata demkian selepas Majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Pantai Penunjuk, Kemaman, pada Sabtu.

Terdahulu, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri dalam satu siaran ‘live’ dilaporkan membuat tuduhan mengenai Ahmad Zahid yang didakwa telah menipu yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

(Visited 544 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button