KesihatanNegeriRencah Hidup

Sesudah tular wad kanak-kanak Hospital Tuanku Ja’afar ada tikus

JKNNS segera ambil tindakan

ADA tikus dalam wad kanak-kanak Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Memang terkejut dengan penampakan haiwan makhluk perosak ini dan boleh sebar penyakit kencing tikus kepada manusia.

Justeru Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) mengambil langkah penambahbaikan serta-merta selepas tikus dipercayai berkeliaran dalam wad kanak-kanak HTJS.

Langkah JKNNS diambil susulan satu klip video yang tular di media sosial menunjukkan seekor tikus berkeliaran dalam wad 3B HTJS.

Pengarah JKNNS, Dr. Harlina Abdul Rashid berkata, pihaknya mengambil beberapa langkah bagi mengelakkan kejadian sama berulang dengan menambah kekerapan jadual pembersihan dan kutipan sampah.

Dr. Harlina berkata, penjagaan kebersihan di sekitar hospital khususnya dalam semua wad turut dititikberatkan.

“Pihak konsesi penyelenggaraan hospital diarahkan mengenal pasti lokasi kerap didatangi tikus serta kuantiti pemasangan perangkap dipertingkatkan bagi mengatasi masalah itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, ini termasuklah penjadualan kawalan makhluk perosak melalui frekuensi yang ditetapkan, iaitu pada setiap hari dan setiap bulan menggunakan pelbagai kaedah bersesuaian.

Tambah Dr. Harlina, Unit Entomologi dan Pest juga dilibatkan dalam menjalankan siasatan dan memberi khidmat nasihat teknikal bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan serta kawalan makhluk perosak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau berkata, JKNNS amat menghargai maklum balas yang diberikan dan berusaha memastikan keselesaan serta keselamatan orang awam yang mendapat rawatan di hospital terjamin pada setiap masa. – SM

 

 

(Visited 653 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button