Nasional

Sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan hingga Mac tahun depan

SESI persekolahan tahun ini akan dilanjutkan sehingga bulam Mac tahun hadapan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin dalam sidang akhbar hari ini berkata, semua murid akan kekal dalam kelas masing-masing sehingga Fabruari 2021 dan hanya akan naik ke kelas berikutnya pada Mac 2022.

Radzi berkata, pihak sekolah akan memantau tahap penguasaan murid-murid sebelum mereka dibenarkan naik ke kelas selanjutnya.

“Bagi murid yang tahap penguasaan masih lemah, fokus kita pada waktu itu adalah untuk melaksanakan program intervensi bagi membolehkan mereka menguasai tahap minimum sebelum naik ke kelas selanjutnya.

“Murid cemerlang pula boleh menggunakan tempoh itu untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka bagi membantu mereka menguasi topik-topik sepenuhnya sebelum naik ke kelas berikutnya,” katanya.

Keputusan berkenaan adalah anjakan baharu dalam konteks pembelajaran dan pengajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani murid yang mempunyai masalah pembelajaran lebih-lebih lagi selepas dua tahun yang mencabar berikutan Covid-19.

Sementara itu, Radzi berkata, murid yang mendaftar Tahun 1 2022 akan memulakan sesi pengajaran mereka pada bulan Mac tahun hadapan.

“Bagi tahun 2022, kita akan laksanakan sesi kalendar akademik persekolahan 2022/2023, sama ada kemasukan bagi tahun 2023 itu akan dikekalkan pada bulan Mac, kami sedang teliti perkara tersebut.

“Sesi libat urus dengan pelbagai pihak sedang berjalan, Saya akan maklumkan pada sesi akan datang,” jelas beliau.-SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button