Hiburan

Kenapa Perlu Malu Buat Aksi Ghairah? Ia Tuntutan Kerja, Bukan Perintah ‘Dot Dot’!

Mendengar jawapan daripada para selebriti yang berpakaian seksi atau melakukan aksi ghairah kepada media bahawa dia perlu melakukan perkara itu atas tuntutan kerja ibarat satu jawapan yang normal.

Sedangkan selebriti perlu menjadi ikon kepada masyarakat dan hujung pokok pangkal kehidupan dunia sementara ini adalah beribadah kepada Allah untuk dapatkan ‘lesen’ perjalanan menuju akhirat.

Baru-baru ini, Scha Ellinea atau nama Melayunya Nur Azleen Natasha Natasha Mohamed Mubeen menggunakan jawapan yang sama iaitu ‘atas tuntutan kerja’ kerana tampil berpakaian seksi sebagai GRO.

Kali ini, Siti Hariesa pula mengguna jawapan yang sama bagi membela diri selepas tularnya klip video dia dan Zul Ariffin melakukan babak ghairah yang menimbulkan pelbagai imaginasi lucah.

Melihat kepada trend ini, jelas bahawa baik SKMM, FINAS atau Jakim sekadar mengambil tindakan dengan menegur atau memanggil untuk memberi keterangan bagi meredakan isu.

Kemudian, kes akan senyap dan pelaku yang melanggar adat resam dan budaya Melayu dalam negara yang Islam ada agama bagi Persekutuan ini terus berkeliaran bebas.

Situasi ini juga menunjukkan para selebriti atau individu yang dipercayai memiliki kad pengenalan yang ditertera perkataan Islam di dalamnya semakin berani merendahkan kedudukan Allah SWT.

Hal ini kerana apa-apa tindakan sekali pun, apa-apa bicara sekali pun, Allah SWT tetap di atas yang perlu dipatuhi oleh seluruh umat manusia dan perintahNya jangan sesekali dilanggar.

Melihat kepada permasalahan akhlak dan budaya yang dipopularkan selebriti kini jelas bahawa subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah tidak berjaya membentuk akhlak umat Islam yang baik.

Kecuali melahirkan ramai umat Islam yang berjaya menghafal lalu menjawabnya dalam kertas peperiksaan dan melupakannya setelah tamat sekolah dan berenti mencari ilmu untuk mengenal Allah SWT.

Ini adalah satu keperitan dan barah yang aktif menular sehingga akhir zaman. Ketika akhir zaman nanti, pelbagai musibah akan berlaku dan jika sayangkan keluarga, peringatkanlah kepada mereka tentang agama!

(Visited 829 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button