Politik

Rasa nak menangis, Nurul Fadzilah tergamam dengan pengumuman Muhyiddin

Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin tergamam apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan pertahankan jawatan Presiden.

Katanya, dia sendiri tidak pernah mendengar perkara tersebut sebelum ini dan ramai yang tidak menyangka Presiden akan menyebutnya dalam Perhimpunan Agung Bersatu Kali Ke-6.

Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin
Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin

Artikel berkaitan > “Jagalah parti ini baik-baik”, Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan presiden Bersatu

“Saya terkejut. Tak pernah dengar ura-ura Tan Sri bercakap tentang perkara itu. Saya rasa nak menangis pun ada,” ujar Fadzilah kepada Suara Merdeka di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Terdahulu, suasana IDCC yang asalnya tenang dan penuh semangat bertukar menjadi riuh-rendah apabila Muhyiddin mengumumkan tidak akan pertahankan jawatan Presiden pada masa depan. – SM

 

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button