Nasionalpilihan

Serbuan pusat hiburan, warga emas berusia 70 tahun antara dikompaun

SEBANYAK 45 individu dikenakan kompaun manakala tiga lagi ditahan kerana positif dadah dalam serbuan ke sebuah pusat hiburan di kawasan Sg Way, Petaling Jaya pagi tadi.

Serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 4 pagi tadi mendapati, terdapat enam warga tempatan sedang bekerja sebagai pelayan.

Difahamkan, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat lima wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) sedang melayan 16 lelaki dan 18 wanita warga tempatan di dalam empat buah bilik karaoke yang berasingan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 70 tahun.

“Hasil ujian saringan air ke atas pekerja dan pelanggan premis tersebut mendapati dua lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing positif dadah.

“Kesemua pekerja dan pelanggan warga tempatan telah dikompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang di bawah Peraturan-peraturan 12 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2021,” katanya.

Menurut Ku Mashariman, pengurus premis berkenaan juga telah ditahan kerana disyaki menggajikan pekerja warga asing tanpa permit manakala lima wanita warga asing itu juga ditahan kerana bekerja tanpa permit yang sah.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63. -SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button