Ekonomi

Serba Dinamik dinobat syarikat minyak dan gas mapan

Serba Dinamik Holdings Bhd dinobatkan sebagai Syarikat Minyak dan Gas dan Tenaga Paling Mapan Terbaik oleh syarikat penerbitan digital Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Business Magazine.

Anugerah itu adalah sebahagian daripada program Anugerah Perniagaan Antarabangsa International Business Magazine 2022.

International Business Magazine berkata operasi Serba Dinamik sepanjang 29 tahun sejak 1993 dipandang tinggi dalam kecekapan mereka dalam empat perniagaan terasnya, iaitu operasi dan penyelenggaraan; kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan; teknologi maklumat dan komunikasi, serta pendidikan dan latihan.

“Syarikat itu berkhidmat di 21 negara; bukanlah satu tugas yang mudah untuk mengekalkan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam banyak bidang, tetapi Serba Dinamik Group berjaya melakukannya,” katanya dalam blognya.

Antara projeknya pada separuh pertama 2022 ialah pertanian menegak pintar, menggunakan teknik pertanian tertutup dan teknologi pertanian persekitaran terkawal di UAE.


(Visited 115 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button