Luar Negara

‘Serangan pengganas’ di Perancis: Tiga orang mati termasuk wanita disembelih di gereja

Dua orang telah disembelih dan orang ketiga telah mati dalam serangan pengganas di selatan Perancis.

Kejadian serangan rambang berlaku di basilika Notre-Dame di Nice sekitar jam 9 pagi ketika menyebabkan beberapa yang lain cedera.

Pelaku yang telah ditangkap dan dibawa ke hospital, menurut laporan.

Sekurang-kurangnya dua mangsa telah dipenggal, menurut jurucakap polis.

Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin mengatakan operasi  sedang dijalankan dan mengesahkan dia akan mempengerusikan mesyuarat krisis.

Datuk bandar kota itu, Christian Estrosi, telah menyatakan bahawa serangan itu satu tindakan keganasan.

Dia berkata: “Saya berada di lokasi bersama ketika polis menangkap pelaku serangan itu.

“Saya mengesahkan bahawa semuanya menunjukkan serangan pengganas di Basilika Notre-Dame de Nice.”

Pejabat Pendakwa Anti-Keganasan Nasional Perancis juga telah melancarkan penyiasatan mengenai serangan menggunakan pisau itu.

Serangan itu berlaku selepas beberapa hari kenyataan provokatif Presiden Perancis, Emmanuel Macron berhubung usahanya mempertahankan nilai sekular bagi memerangi kumpulan radikal Islam.

Sebelum ini, media melaporkan Macron berikrar akan berjuang untuk menentang kumpulan radikal Islam selepas tragedi seorang guru sejarah dipenggal pada 16 Oktober lalu kerana menunjukkan gambar Nabi Muhammad SAW kepada pelajarnya.

Bagaimanapun, kenyataan pemimpin itu mengundang kritikan penduduk Islam seluruh dunia termasuk ada yang membakar gambar Macron di Syria dan Pakistan selain membakar bendera Perancis di Tripoli, Libya.

Setakat ini motif serangan itu belum dipastikan sama ada berkaitan dengan kenyataan tersebut.

 

(Visited 400 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button