Nasional

Pautan janji temu dos kedua PICKids dihantar berperingkat mulai hari ini

MULAI hari ini, pautan janji temu baharu dos kedua bagi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) akan dihantar ke aplikasi MySejahtera secara berperingkat.

Menurut ciapan Twitter MySejahtera, ia dihantar berdasarkan sela masa (interval) antara dos pertama dan kedua mengikut jenis vaksin.

“Pautan janji temu PICKids ini juga membenarkan anda memilih lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), masa dan tarikh mengikut kelapangan anda,” menurut ciapan tersebut semalam.

Berdasarkan lampiran gambar yang dimuat naik, bagi dos kedua Pfizer, sela masa lapan minggu selepas dos pertama manakala untuk Sinovac pula, sela masa empat minggu selepas dos pertama.

“Pautan janji temu akan dihantar lebih kurang dua minggu sebelum tarikh dos kedua diberikan.

“Sebagai contoh, dos pertama vaksin Pfizer diambil pada 1 Mac dan pautan janji temu dihantar pada 12 April, manakala tarikh dos kedua pada 26 April,” berdasarkan maklumat tersebut.

Bagi mereka yang ada tarikh janji temu dos kedua di PPV yang telah ditutup, janji temu untuk tanggungan anda yang sedia tertera di MySejahtera akan dibatalkan.

Satu pautan janji temu akan dihantar ke MySejahtera anda bagi memudahkan pemilihan lokasi PPV, tarikh dan masa baharu mengikut kelapangan. – SM

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button