Luar Negara

Serangan pengebom bunuh diri: Puluhan orang awam, 13 tentera AS maut di Kabul

Berpuluh orang awam terbunuh dan sekurang-kurangnya 13 tentera Amerika Syarikat maut dalam serangan pengebom bunuh diri di kawasan lapangan terbang Kabul pada pada Khamis.

Pegawai kesihatan Kabul mendakwa 60 orang awam Afganistan terbunuh dalam serangan nekad tersebut.

Video yang diambil oleh wartawan Afghanistan menunjukkan puluhan mayat berserakan di sekitar terusan di pinggir lapangan terbang.

Sekurang-kurangnya dua letupan menggegarkan kawasan itu, kata saksi.

Puak penganas mengatakan salah satu pengebom bunuh diri menyasarkan “penterjemah dan kolaborator dengan tentera Amerika”.


Serangan itu dilakukan ketika Amerika mengundurkan tenteranya dari Afghanistan, setelah Presiden Joe Biden mengatakan bahawa Amerika Syarikat telah lama mencapai alasan asalnya untuk menyerang negara itu pada tahun 2001.

Negara itu menjajah Afganistan dalam usaha membasmi militan al Qaeda dan mencegah pengulangan insiden 11 September atas Amerika Syarikat.

Biden berjanji akan mencari dalang serangan tersebut dan mengatakan bahawa dia telah memerintahkan Pentagon untuk merancang bagaimana menyerang ISIS-K, yang mengaku bertanggungjawab.

“Kami tidak akan memaafkan. Kami tidak akan lupa. Kami akan memburu anda dan membuat anda membayar,” kata Biden semasa mengulas siaran dari Rumah Putih.

Mayat-mayat berada di tepi pagar lapangan terbang, video dari tempat kejadian menunjukkan, beberapa diantaranya dibawa keluar sambil ramai meratap dan mencari orang tersayang.

“Sejenak, saya fikir gegendang telinga saya meletup dan saya kehilangan pendengaran. Saya melihat badan dan bahagian badan terbang di udara seperti beg plastik yang ditiup angin puting beliung.

“Saya melihat mayat, bahagian badan, orang tua dan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang cedera tersebar, “kata seorang warga Afghanistan yang telah berusaha untuk sampai ke lapangan terbang. “Air yang mengalir di saluran longkang telah berubah menjadi darah.”-SM

 

(Visited 166 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button