Lifestyle

Seramai 19 selebriti jadi duta dan 14 syarikat korporat kerjasama dengan Bulan Bintang

JENAMA fesyen terkemuka, Bulan Bintang, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri dengan pendekatan pemasaran yang berbeza setiap tahun.

Sempena ulang tahunnya yang ke-10, jenama ini telah memperuntukkan dana berjumlah RM10 juta untuk dikembalikan kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif dan kolaborasi bersama 14 syarikat korporat.

Sebagai sebahagian daripada sambutan istimewa ini, Bulan Bintang menganjurkan sebuah pertunjukan fesyen bertemakan Sedekad Menyinar pada 2 Februari 2025 di KL Convention Centre, Kuala Lumpur. Acara ini menampilkan koleksi raya ready-to-wear (RTW) untuk seisi keluarga, merangkumi baju melayu dalam pelbagai potongan serta koleksi pakaian sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna.

Inovasi dan Kepelbagaian dalam Koleksi Raya 2025

Koleksi terbaharu Bulan Bintang memperkenalkan tiga pilihan potongan Baju Melayu iaitu Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit. Mengutamakan keselesaan, kain yang digunakan lebih lembut, ringan, sejuk serta dijahit dengan kemas untuk memastikan pemakai berasa selesa sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi ini turut ditawarkan dalam saiz sehingga 8XL serta pelbagai pilihan kurta.

Barisan selebriti terkenal turut memperagakan koleksi ini termasuk Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali dan Hannah Delisha. Selain itu, duta khas Bulan Bintang seperti Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus dan Angeline Tan turut memeriahkan acara.

Sumbangan Besar dan Hadiah Bernilai RM10 Juta

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, kejayaan jenama ini selama sedekad adalah hasil sokongan rakyat Malaysia, di samping usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti produk dan khidmat pelanggan. Sebagai tanda penghargaan, Bulan Bintang menawarkan pelbagai hadiah eksklusif hasil kolaborasi dengan jenama terkenal seperti:

  • 1kg jongkong emas daripada GB Gold,
  • Tiket penerbangan percuma selama setahun daripada AirAsia,
  • RM150,000 duit raya daripada Hausboom,
  • Pakej haji dan umrah daripada Tabung Haji dan Kahf,
  • 120,000 baucar daripada Tealive,
  • Sumbangan daripada Tudung Ruffle, Russell Taylors, Mutu Case dan Mokkys Pizza.

Dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM10 juta, kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam industri fesyen tempatan. Selain itu, Biskut Raya Edisi Khas turut diperkenalkan dan boleh didapati secara eksklusif di 7-Eleven seluruh Malaysia.

Pertandingan dan Persembahan Memeriahkan Acara

Pertunjukan fesyen ini diselang-selikan dengan persembahan istimewa daripada Zeppo Youngsterz Dancer, Datuk Jamal Abdillah dan Bunkface. Turut diumumkan ialah pemenang Bulan Bintang Next Top Model, pertandingan unik yang menampilkan peserta berusia antara 40 hingga 70 tahun. Pemenang pertandingan ini membawa pulang hadiah utama wang tunai RM10,000 hasil undian juri dan penonton.

Azzim turut menyasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian untuk kempen ini. Orang ramai boleh mendapatkan koleksi raya Sedekad Menyinar di 15 butik rasmi Bulan Bintang di seluruh negara serta di platform TikTok, yang menjadi rakan kerjasama strategik jenama ini. Sementara itu, penghantaran di seluruh Malaysia akan dikendalikan oleh Ninjavan sebagai rakan logistik rasmi.

Dengan pencapaian luar biasa ini, Bulan Bintang bukan sahaja terus unggul dalam industri fesyen, malah memperkukuhkan jenamanya sebagai peneraju fesyen tempatan yang memberi impak positif kepada komuniti.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button