Kemalangan

Sepasang suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 6 Jun – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dipandu
seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Serkam Pantai, Jasin, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah
Muhamat, 48, yang menaiki motosikal Yamaha Ego maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala
dan badan.

Kejadian tersebut turut melibatkan tiga buah motosikal di mana sebuah daripadanya hangus terbakar dan
penunggangnya berusia 57 tahun sekadar mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi penunggang
motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Akibat rempuhan yang kuat kedua-dua mangsa yang maut tercampak di tepi sebuah rumah berdekat tempat
kejadian.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supretendan Mispani Hamdan berkata, kenderaan jenis Perodua Myvi yang
dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan dua buah
motosikal dari arah bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang maut bersama seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Merlimau dekat sini manakala pemandu kereta tersebut pula datang dari arah
bertentangan.

Anggota bomba dan polis membantu mengangkat mangsa yang maut di Kampung Pulai, Serkam, Jasin, Melaka.

“Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol telah hilang
kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan dua buat motosikal dari arah bertentangan.

“Sebuah motosikal yang diletakan dibahu jalan kerana pemiliknya membeli sarapan pagi turut dirempuh
kenderaan terbabit dan penunggangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Akibat kemalangan tersebut, sepasang suami isteri maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di
kepala dan badan, seorang penunggang cedera manakala pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan ringan,”
ujarnya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan manakala
mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ),”
ujarnya.

Sementara itu sebuah jentera bomba dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau telah dikejarkan ke tempat kejadian.

(Visited 120 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button