JenayahNasional

Seks dalam kereta: Sepasang kekasih ditahan

BARU-BARU ini tular di media sosial satu klip video sepasang kekasih sedang melakukan hubungan seks dalam kereta berwarna merah.

Seorang lelaki berusia 22 tahun dan pasangannya, pelajar perempuan yang masih bersekolah berumur 17 tahun berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak, rakaman kejadian itu dipercayai berlaku pada 29 Mac sekitar pukul 3 petang.

Sepasang kekasih yang tular di media sosial

“Polis juga mengesahkan lokasi video tersebut di kawasan letak kereta di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

“Kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara pukul 4.15 petang hingga 5.15 petang semalam,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt bewarna merah putih bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan, sekiranya didapati bersalah tertuduh akan berdepan dengan hukuman penjara selama dua tahun. – SM

BACA Anggota tentera didakwa rogol, amang seksual anak saudara 11 tahun

BACA Pasangan ditahan kes amang seksual

(Visited 5,492 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button